CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

moving..changing..for the better

Assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh..

This is a quick one.just to let ya know that I'm moving to hadithuna now.hehe..baru buat the new account.a friend suggested it.besides I think it's much more convenient with password (so that whenever I feel I just wanna express myself but not sharing it,get it?hehe..i can just post it there)

my new blog..ummukusyairi.hadithuna.com..

I know some might be curious with the name. I love the name 'kusyairi' (but still not sure what it meant).I just love that name since I was in secondary school..macam lawa~hehe..and if my post are protected with password.just email me if you wanna read it.If dapat jua a.k.a. nda personal.okie dokie..see you then.

Fi amanillah..

selamat merebut discount2 hangat from Allah~

selamat tinggal rumah lama~



*I'm too excited with my new 'place'..hehe..I like it there.

Sunday, August 9, 2009

balik kampong

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

apa kabar?minta maaf sebab dah lama tak post apa2..I think ber spider web dah my blog ani..Masa terlalu cemburu untuk membenarkan saya untuk berlama2 mengadap laptop.Walau apa pun saya akan cuba untuk share something.

Alhamdulilah..saya selamat balik brunei.Alhamdulilah Allah bagi saya kesempatan untuk ziarah keluarga dan sedara2 saya di malaysia from 14th july to 29th july.sebenarnya sepatutnya flight saya 9th july..tapi disebabkan ketentuan yang Allah dah tetapkan kat lauh mahfuz.maka tidaklah berlaku saya belayar haritu.Saya diquarantine kerana telah disahkan positif mendapat H1N1.:D..pengalaman yang menambah kemanisan pada lipatan hidup saya.

Walaupun mungkin ada yang tak sempat kita jenguk.minta maaf saya pinta.My schedule was soo packed that I can't go.n minta maaf gak kat che tie sebab tak sempat tidur kat rumah achik.insyaAllah kalau diberi keizinan saya akan balik january ni sekejap.saya akan tidur rumah achik.minta maaf ye.

sekarang rasa macam rindu je kat sume orang.rindu pada ma(my grandmother)..pada ayahsu..pada ummi..pada amanina..pada balqis..pada moksu...pada che nor..pada athirah..pada achik..pada ang..pada abang anas...pada kak wanah..pada pie..pada aisyah..pada tok su..pada suasana kat kelantan...n weirdly enuf i missed naik bus.that's the time i feel i can have the time to look back about my life..haha..

I learned a lot balik kampong kali ni sebab saya balik dengan adik saya je.tak de bapa n ibu n adik beradik yang lain.but I'm fine nevertheless.eventhough I missed my flight balik kelantan guna kapal terbang.ALhamdulilah ada alternatif lain i.e. naik bus..yang best nye ialah perjalanan from kl to kota bharu is 9 hours.So I can reflect myself(muhasabah diri) in the bus.Alhamdulilah gak sebab sempat catch ticket for bus malam tu sebab esuknya ada majlis aqiqah kat rumah ma.Rasa frust gak masa dapat tahu we missed the flight disebabkan traffic yang sangat hebat.huhu.Kalau nak tahu the A-Z journey masa kat malaysia boleh je tengok blog adik saya,fadilah.nama blog die ada kat tepi tu..saya write padilah chan.adik saya simpan gambar sekali.

rasa macam tak de beneficial sangat yang nak dishare sepanjang holiday tu.just nak luahkan rindu pada sedara2 kat sana kot.hehe.rasa macam tak nak balik brunei je..hehe..banyak yang terjadi namun minda dan jadi tak bisa untuk menukilnya disini kerana kerja sekolah yang dah dibagi membuat mood untuk sharing hilang.hehe.nantilah kalau rasa nak jot something.yang anehnya kan..kadang2 bila ras nak ttulis..hati pula kata it's better kept in your heart..

kadang ada masa kita keliru..
kadang ada masa kita tak tahu nak pilih yang ini atau itu
tapi ingatlah hakikat ini..Allah is near..
Let Allah guide your heart..
cause HE never fails you..

firmanNya:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang AKU,maka sesungguhnya AKU DEKAT.AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-KU.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKU) dan beriman kepada KU agar mereka memperoleh kebenaran."2:186

but in one condition...before kita nak minta apa2 daripada Allah..Kita first kena memenuhi perintah Allah i.e.solat dan semua yang Allah suruh n tinggalkan apa yang Allah benci dan jugak kita mesti beriman dengan semua rukun iman termasuklah qadha n qadar yang Allah dah tetapkan kat kite.

with that..kata penutup..jadilah seperti ikan di lautan..takkan ikut masin dengan masinnya air di lautan..biar hidup ada perinsip agar kita tak diibaratkan seperti layang2..ditarik kesini..ia ikut..ditarik kesana..ia ikut..kerana islam itu adalah the way of life.Islam itu syumul(complete)..

jangan suka ikut-ikutan..kerana banyak orang akhirnya akan sesat akibat sifat ikut-ikutan..seperti coupling..semua orang coupling..kita pun nak IKUT..

p/s:It's not hurtful to search and find the reason..hak itu tetap hak..yang batil tetap BATIL~

jaga diri jaga iman..

Friday, July 10, 2009

found it!

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah wabarkatuh~

I've found what I've been searching for.And I understand that sacrifice is what I need to do.It takes time <--that's what I was told by this one ukhti.And I agree.It can be that instant when You said it's zero.and you said you don't have it anymore.But there are times when it comes back.but I tried to be strong and firm with my decision.And so that I'm strong and consisitently with that state.So I'm doing this.."I've got to be cruel..to be kind"..well,easy said than done.

And I'm serching that tranquility when I'm back to kelantan..haha..macam bawa rasa hati saja..haha.How much I wanna stay..I can't..

Tuesday, June 9, 2009

Diam ku tak bererti ku redha



Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah Maha penyayang

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,padamu yang membaca~

Ana doakan ana dan kamu yang membaca entry ini dalam kemanisan iman dan dipenuhi dengan keberkatan dalam waktu dan rezeki.Membaca blog sahabat2 yang sangat dekat dihati ana membuat ana selalu diingatkan akan selalu bermujahadah dengan diri sendiri.

Malam sabtu lepas,Allah Yang Maha Penyayang telah menguji dan menyedarkan ana kepada satu hakikat yang ana terlepas pandang selama ini.Ujian yang telah mengetarkan hati sehinggakan ana rasa hati ana seperti ingin pecah.Memilih antara dua perkara yang amat bermakna dalam hidup ana,akhowati fillah atau keluarga yang mempunyai ikatan darah dan keturunan.Berada dipersimpangan.Inilah masanya ana rasa syaitan dan iman ana berperang dengan hebat.

Tengahri sabtu lepas,Ana ada date makan tengahari dengan ukhti H dan Ukhti T untuk membincangkan urusan semester depan.Alhamdulilah..masa yang diluangkan sangat berquality.Walaupun ana dan ukhti T datang 15 min lewat daripada jangka waktu yang ditetapkan.Ana secara pribadi masih ‘on going process’ mentarbiyah diri untuk datang pada masa yang ditetapkan.Ada ukhti K mengingatkan kami setiap kali berjanji untuk date,”okie ukhti datang ikut masa islam k.jangan janji melayu”.lalu fahamlah kami akan maksud itu.Dengan tarbiyah ini,ana sedar akan kelemahan ana sebagai hamba dimana usaha dan niat untuk datang awal itu telah dilakukan dan disematkan di hati ana.AKAN tetapi ketentuan agar niat itu tercapai,SEMUAnya bergantung pada iradat dan Kuasa Allah.

Dalam perjalanan pulang,Ukhti Q text ana,mengungkapkan hajat untuk ‘sleepover’ di rumah ukhti MM.Ana sangat gembira sebab ana memang dah lama tak ‘sleepover’ dengan akhowati.Di dalam minda telah sibuk menyusun strategi dan ayat power untuk disuakan pada ayahnda dah ibunda tercinta.Sebab ana dah jalan 3 hari berturut2.Takut ana tidak diberi keizinan oleh boss besar.hehe.Akan tetapi ketentuanNYA telah menulis yang sebaliknya.Kekanda siti bawa kami adik beradik untuk makan malam di salah sebuah restoran di Qlap.Ketika kekanda siti mengkhabarkan ‘kan makan diluar’ itu,keluar perkataan alaaa~(style upin ipin)..ana bagitau kat kekanda siti yang ana ada date ‘sleepover’.Tahu tak ana diberi jawapan paling manis sedunia?hehe..”ko ani,kalau kawan bawa jalan,U don’t mind,ani kan jalan sama family…*sigh*”..dan saya dengan hati yang sedikit berat melafazkan kesudian untuk pergi sebab saya tahu kalau ayahnda izinkan,selepas makan malam apabila hendak balik,ana akan call ayahnda dan minta izin untuk sleepover.Akan tetapi ketika ana tengah khusyuk makan,kekanda siti memberi cadangan untuk pergi ke suatu tempat yang tidak ingin ku jejaki selain membeli popcorn yang sedap.hehe:P.Saya rasa antunna dah dapat teka apakah tempat itu.SUNGGUH DIRI DAN HATIKU TIDAK MAHU KE SANA .

Betapa semasa ana dalam bilik yang gelap itu,tidak berhenti bibir ana beristighfar.Ana sangat2 takut tahap petala ke tujuh.Jika Allah menginginkan boleh saja Allah turunkan musibah berupa azabNYA pada tempat itu.

”Sungguh azab tuhanMu sangat keras.”-surah al-Buruj:12

Dan yang menambah getaran hati lantaran terlalu takut ialah cerita yang nahnu(kami) tengok ini adalah Terminator salvation.

Kisah movie ini ialah mengenai robot yang hendak menguasai dunia(tak logic sungguh).Minta maaf sangat2 jika intrepretasi ana salah mengenai movie itu.Ini hanyalah pendapat ana yang sangat tidak bernas disebabkan ketakutan yang bermukim di hati.Pokoknya yang menyeramkan adalah Ana bayangkan scene-scene yang ada dalam movie itu macam keadaan bila tiba hari kiamat.Semua tempat musnah dirosakkan oleh robot2.Walaupun tak dapat disangkal betapa canggih semua gadget dan semua peralatan dalam movie tu dan nama2 yang diberi pun ‘interesting’.Semua itu ilmu Allah.Allahu Akhbar!If nak faham apa yang ana merapu ni,ana galakkan lah untuk tengok movie ni tapi dengan satu syarat:kena tengok dan evaluasi dalam konteks islam dan jendela akhirat.Alhamdulilah walaupun hati ana tidak rela tapi ana dapat sesuatu dari insiden ini iaitu menambahkan keimanan dan meningkatkan kesedaran mengenai hari kiamat yang kita semua tak tahu bila akan terjadi.Dalam satu scene itu,Ana ingat robot itu menronda untuk mencari manusia.kerana mereka memang di-set untuk membunuh semua manusia.Ana bayangkan dimana bila tiba hari kiamat nanti,Allah tak perlu pada robot2 ini untuk pastikan yang semua manusia itu DAH mati ke belum.Hanya dengan satu tiupan,semua manusia akan bergelimpangan seperti farashil mabsus ßmoth scattered about (sejenis insects yang serupa macam kupu2).Manusia akan kelihatan seperti kupu2 yang berterbangan.(rujuk surah al-Qari’ah).Here’s a complete tafseer of surah Al-Qari’ah in English:

In the Name of Allâh, the Most Gracious, the Most Merciful

1. Al-Qâri'ah (the striking Hour, i.e. the Day of Resurrection).

2. What is the striking (Hour)?

3. And what will make you know what the striking (Hour) is?

4. It is a Day whereon mankind will be like moths scattered about.

5. And the mountains will be like carded wool.

6. Then as for him whose Balance (of good deeds) will be heavy,

7. He will live a pleasant life (in Paradise).

8. But as for him whose Balance (of good deeds) will be light,

9. He will have his home in Hâwiyah (pit, i.e. Hell).

10. And what will make you know what it is?

11. (It is) a fiercely blazing Fire!

Bukit yang begitu gah menjadi seperti bulu yang dihambur-hambur.Ketika ana baca ayat ini Ana bayangkan satu ketika dulu bila ana belajar biology mengenai wind pollination.Dalam tafseer ayat di atas,Ia menafsirkan bukit2 itu seperti kapas yang bertaburan.DID U REALIZE THE NATURE OF WOOL PLANT?

Ianya ringan bagi memudahkan proses pollination.MasyaAllah~Allah telah mengilhamkan kita untuk mentadabbur alam dimana walau sekadar pohon kapas itu kita dapat kaitkan dengan keadaan bukit-bukau tika tiba hari yang sangat mengetirkan yang sekarang masih kelihatan gah ditempat ia dipacakkan.

Jika antunna nak mengisi masa2 lapang yang sangat banyak disebabkan sekarang ni musim cuti semester,ana syorkan antunna tadabbur surah-surah yang terdapat pada juz yang 30 dimana surah-surahnya penuh dengan peringatan dan bayangan bagaimana nanti keadaan yang bakal kita hadapi.

KENAPA perlu tadabbur ayat mengenai hari kiamat?

Agar kita boleh bersedia nak dikategorikan dalam kelompok mana nanti di padang mahsyar nanti.

Okie.before ana terbabas dari landasan niat untuk menulis entry ini.Let’s get back to my story.

Dalam kereta ana hanya diam kerana sedih dan rasa-rasanya kolam airmata ana nak pecah.Namun ditahan.Ana tidak mahu mengadu pada yang tidak mengerti akan fikrah dan pegangan ana.Masuk bilik dalam langkah lemah longlai.cuba untuk menelefon ukhti mm n ukhti Q.namun tidak ada yang menyapa salam di talian nun di sana.

Lalu pecahlah empangan itu,tanpa dapat dikawal lagi.Ana melihat contact list ana.mencari ukhti mana yang Ana rasa masih dapat ku kongsi kesedihan hati yang amat menghempit dada ana. SubhanAllah pada masa itu,ukhti K text ana menanyakan no.telifun bunda ana.Selepas membalas sms ukhti K,ana masih belum menemui ukhti yang masih available selain ukhti K.Ana type “Can I call u now?i really2 need to talk to someone.”..n ukhti K reply..”boleh2..”

The first 5mins or so,I was just T-T…Then Ukhti K trying to calm me down…lalu dalam kepayahan,ana ceritakan apa yang terjadi..kenyataan yang sering terngiang2 di kotak minda ana ialah niat (untuk ukhwah) tidak menghalalkan cara...bla bla bla..(what came in between this and that…the rest is history)

Pengajaran yang ukhti K bagitau ana ialah Kita jangan mengabaikan hak2 keluarga kita kerana akan tiba masa kita takkan dapat lari dari tempelak mereka akibat kelalaian kita akan hak mereka.mereka akan menagih hak mereka pada diri ana sehinggakan ia melibatkan sesuatu yang tidak kita senangi.Dan jugak,ukhti K cakap jangan dilayan sedih itu,kerana ketika kita berkeadaan sedemikian,Musuh kita i.e.Syaitan laknatullah akan buat ‘majlis kesyukuran’ atas kemenangan mereka.Solusinya ialah kita bawa istighfar dan taubat.Perkara yang tidak daapt dielakkan,perkara yang tidak disukai terpaksa dibuat. Namun ana sedar satu perkara iaitu kelemahan ana sebagai kakak/adik/anak kadang tak terpenuhi,sesuatu yang ana terlepas pandang buat seketika.

Kemaafan kuraih dari insan-insan yang amat kusayangi kerana Allah..walau kita tinggal dalam satu bumbung, adik/kakak anta/I ini sedikit sekali meluangkan masa bersama.InsyaAllah akan kubaiki lagi diriku.SubhanAllah,Allah menyusun ujian pada hambaNya ini kerana ingin mentarbiyah ana untuk peka pada curahan sayang dan pembentukkan akhlak keluarga ana agar dapat mencapai biah solehah.Jazakillah ya ukhti K kerana mempositifkan minda tika hati penuh dengan andaian negatif.

Alf mabruk pada sesapa yang sampai kepada ayat ini.Maaf ye panjang entry kali ni.Semoga antunna dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran pada kisah ana ini.Tiada niat untuk memburukkan mana2 pihak. Yang baik datang dariNYA.yang kurang dan tidak elok itu datang dari diri ana yang diselimuti kelemahan dan kedaifan selaku hamba yang tidak punya kuasa atas tiap sesuatu.

p/s:Alhamdulilah..This entry is much better than the other posts coz I managed to speak in one languange in a sentence.huhu..:P


Wednesday, June 3, 2009

Settle

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

Assalamualaikum warhmatullah wabrakatuh..

Sorie awal2 to all because dis post is very random and I bet no one understand it except the one who writes this n Allah yang Maha Mendengar n Maha mengetahui.

I'm gonna settle that before I'm going back to see my grandmother di kelantan..hehe..

Hopefully semuanya terjawab.

doakan semuanya berjalan dengan lancar.*don't assume*

"Ya Allah,hambaMu memohon petunjuk dan hidayahMu..."

Wednesday, May 27, 2009

Dengan menyebut nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum warhmatullah wabarakatuh~

asifi sangat tak de share apa2 walaupun dah cuti..huhu..masa ni lah nak manfaatkan masa lapang tu utk bayar hutang baca buku2 yang ana dah beli..huhu..Alhamdulilah,insyaAllah before balik kelantan,ana target nak habiskan baca sume buku so that dapat beli yang baru nanti..hehe..insyaAllah.Best sangat kalau spend the whole day dengan baca buku.I felt I'm in the scene.

Hari ini rasanya nak share tentang kalam Allah
Yang mafhumnya lebih kurang:
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama..."22:78

Dan..

"Allah berfirman,"Wahai Musa!Sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) engkau dari manusia yang lain(pada manusia) untuk membawa risalah-Ku dan firmanKu,Sebab itu BERPEGANG TEGUHLAH kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur."7:144

Dua ayat ini adalah antara ayat2 yang selalu menghembuskan angin sepoi-spoi bahasa pada hatiku yang sedang bermujahadah dengan diri sendiri.Menghidupkan kembali himmah yang tinggi pada diri ini dalam mentarbiyah an-nafs.Kadang imanku di sini..kadang iman ku disana..

"al-imanu yazeed wa yanquuz.."
ertinya: Iman itu bertambah dan berkurang.."

betapa kita sebagai hamba tak dapat terlepas dengan bolak baliknya hati kita sendiri.sebab itulah kita dianjurkan untuk berdoa..

"ya muqallaibal qulub,thabbit qalbi 'ala deenik.."
ertinya:Wahai Yang Membolakbalikkan hati,tetapkanlah hatiku pada agamaMu"

Trying my best to fully utilise my holiday.But somehow syaitan sungguh licik.dimana ia cuba untuk menyesatkan kita dalam segala cara dan hala.Ana teringat pada firmanNya dalam surah al-A'raf:16-17

"(Iblis) menjawab:"karena Engkau telah menyesatkan aku,pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus,Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan,dari belakang,dari kanan,dan dari kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur."

Kan iblis ani tani dah sedia maklu bahawa dia n bala tenteranya telah menyesatkan manusia dari Nabi Adam sendiri.Sehinggalah sekarang dia masih tidak jemu2 untuk mengajak manusia untuk follow his footsteps i.e.join ia masuk neraka.Betapa kalau tani fikir now dah 2009,bumi ni dah berusia 2009 tahun..which I believe it's more than that.Then sure punye durg dah jumpai berzillion2 cara untuk menyesatkan manusia through their experience menyesatkan manusia sebelum kite.trial n error durg atu balik2 dah.Konco2 iblis ani dah masak dengan nature manusia..durg hafal dah manusia jenis cani,macam mana reactionnya..apa yang buat mereka lalai,apa yang buat mereka tak solat..apa yang durg suka etc etc.

"syurga itu dikelilingi oleh perkara2 yang manusia tak suka.Tapi neraka itu dikelilingi oleh perkara2 yang manusia suka"

However,kite nak choose yang mana?bahagia yang sementara or bahagia yang selama-lamanya?Tepuk dada tanya kat iman.

Syaitan laknatullah takkan pernah letih untuk ajak tani untuk join their club.Tani haruslah jua tidak serik untuk keep on firm with club tani which is ISLAM.Allah takkan beban kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak pikul.I always believe this.No matter how weak you feel.No matter how many strength you need to use in order to keep you on track.NO matter....You should lawan dan lawan dan lawan!

Mujahidah yang sejati takkan rasa manisnya hidup tanpa ujian!

Find your strength in HIM,in His words(al-Quran),HIs promise,in Rasulullah's sunnah,in sahabats yang sefikrah...

Adanya semua ini dalam hidup ana,make me feel strong.

"HasbiAllah..ni'mal maula..ni'mannaseer..la haula wa la Quawata illa billah~"

p/s:I'm trying my best to write in one language..huhu..I failed..jadilah post ana as usual bahasa rojak..arab ada..english ada..malay ada..harap2 rojaknya takkan kena campur bahan..takut nanti tak de orang yang faham..

Fi amanillah

Berpautanlah pada tali Allah,kau pasti takkan rugi di dunia dan di akhirat..insyaAllah...

Monday, May 11, 2009

What I've promised...

Dengam menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh~

Alhamdulilah..Ana baru habis exam..Alhamdulilah..Takbeer!!!..*huge grin*..lama rasanya kan tunggu freedom a..masa buat paper tadi..i was counting the minute..30 minutes before freedom..15 mins before freedom..that's how anxious I was..huhu..NOW it's over..

khaifa halukum?wa imanukum?Alhamdulilah..Ana bikhair..semoga kita tetap dalam petunjukNya..rahmatNya..untuk menjalani hidup yang penuh makhluk yang semua akan binasa..Namun hakikat hati kadang tak bisa ditepis..betapa mujahadah kita mesti kuat..melawan arus dunia..

As i promised you haritu..I said ada benda nak share kan..so here I am..menepati janjiku padamu..aisehhh~:p..anyhoots..i don't know what's my topic..but I'm just gonna share what had happenned to me recently...

ceritanya cemani..That day ana balik kul 2..sal lecture habis awal..so I texted bapa to fetch me.Ana rushed from lecture pergi solat sal aher sudah..it's 2pm..azan zuhur pukul 1230ish..n ana solat 2pm..teringat ayat al-Quran sal tanda2 orang munafik ialah..melambat2 solat..ana inda mahu kena label urg munafik..kan kalau ikut kisah zaman nabi dulu,orang munafik ani banarnya inda ikhlas mengimani risalah yang nabi bawa..then whatever yang nabi suruh buat..durg buat..buat..tapi inda ikhlas kerana Allah..buat pun lambat2..Nauzubillah kitani tergolong dalam golongan ani..

After solat,ana tunggu tempat biasa for my dad..sambil2 tunggu atu,bawa baca buku.after 30mins bapa alum dtg,ana dah tak senang duduk.huhu.whenever a car passed by,ana tarus liat.manatau bapa.besides that tym,panas tmpt tunggu a.so terasa lah lagi yang batah menunggu atu.N ana lagi jenis peuri sedikit:p..datang tah segala alasan kenapa bapa aher ambil ana(oh yea..my sis nda ikut balik,sal ia ada hal..lagitah terasa.sal nda bedangan)..n jua thta tym my hp nada credit.kan membali arah kadai,karang my dad datang.*my beloved daddy is spesis yang nda suka menunggu*so if nda mua dgr bapa bising,better tunggu.so I was there...waiting..waiting..one hour had passed...trying to husnuzon(positive thoughts)..bawa dgr mp3 ceramah..mujur jua hari ni bawa earphone..baca buku again..two hours had passed..leher kepala rasa kan teputus sal mengajut liat kereta passing by..

then..45 mins had passed..ada tia bapa..huhu..kan menangis lah tym liat bapa.why didn't he texted me yang bapa kan ambil FOUR FORTY FIVE...haha..not 2pm..masuk kereta..diam saja..merajuk lah ni..huhu..:p..ambil sunglass..then bapa dengan happynya menanya.."receive text bapa tadi?"..n i was like..."nada.."suara lamah sala lapar..huhu..kan beli makanan,takut bapa dtg..paksa tah tunggu saja*..nya bapa.."eh?napa plang?bapa text *****(nama my sis).."..ana reply.."ana inda sama *****,ia jalan sama kawannya.n hp ***** habis battery"then...berkaca mata..huhu..lupanya bapa text my sis.that's why I don't know.then diam all the way sampai ke rumah.

what is the pengajaran that kamu dapat spot disana?since I'm trying to pujuk my sadness sal kena ambil aher tu..I'm trying to fight whatever su'uzon(negative thoughts)..dalam kereta diam2 atu..cakap arah diri..

"time hari kiamat..lagiiiiii(1000000X) batah tani tunggu kan kena hisab a..ani baru tunggu 2hrs n 45mins..dah sedih n kan merajuk:p..tak setandingnya..Nanti di akhirat..lagi tah bertahun2 rasanya menunggu..dengan manusia yang tak terhitung banyaknya kan dihisab oleh Allah.dimana tak ada satu kebaikan/kejahatan pun akan ditinggalkan..SEMUANYA..akan dihisab..


WHAT I"M TRYING TO POINT OUT AND EMPHASIZE HERE IS:
APA SAJA KESUSAHAN,KESEDIHAN,KETIDAK PUASAN HATI,UJIAN YANG KITANI DAPAT DIDUNIA ANI AKAN TERASA RINGAN JIKA KITA MEMBANDINGNYA DENGAN DAHSYATNYA AZAB DAN KEPERITAN KALA BERTEMU SANG PEMILIK MAKHLUKNYA..BILA TIBA HARI AKHIRAT..BILA TIBA SAAT DISOAL AKAN KEBAJIKAN DAN KEJAHATAN KITA DIDUNIA..

for example,ana ingat dulu tym liat fear factor..one of the challenges is untuk melintasi besi ani yang kena taruh in between dua buildings.n It was scary..i tell you..I don't rememeber plang brapa orang berjaya melintasi the besi..but what I'm trying to say here is..imagine tah if that thing is titian siratal mustaqim yang kitani need to lintasi in order to reach syurga..ada hadis kan tu yg describe the sirat is senipis rambut yang dipotong 7..imagine our rambut yang andang nipis dah..tapi kena nipis2 kan lagi kepada 7?n that besi is not even macam rambut tani..n kalau lihat clown2 yang dalam circus tu..dah practise kan lalu sirat..sal durg handal lagi..lalu arah tali pakai basikal..

So how can you survive lalu siratal mustaqim..n segala kedahsyatan yang akan dialami tym hari kiamat atu?jawabannya..amalan kitani tym di DUNIA ani..tym masih bernafas ani..tym bertenaga ani..tym inda sakit ani..tym muda maseh ani..iatah masanya ni kan mengumpulkan sebanyak2 amalan untuk bekal kehidupan hakiki..

kalau kitani liat dunia dengan kaca mata akhirat,we will surely feel better..kalau kitani liat kereta yang tani suka..kitani rasa kan bali..tapi cuba tanya arah diri..mampu kah kitani bali?if nda,jangantah kan menyusahkan diri..lebih baik infakkan duit atu arah orang palestine,anak yatim dan orang2 yang memerlukan..daripada kitani ikutkan tuntutan nafsu yang nda kan habis atu..

if kena marah oleh ibu ka..oleh bapa ka..oleh lecturer ka..semua atu nda setanding dengan gerunnya apabila malaikat munkar dan nakir yang akan mempiaskan kemurkaannya apabila kitani nda tejawab soalan tym dalam kubur nanti..apatah lagi kesnya kena marah leh malaikat malik-malaikat penjaga NERAKA????

Tapi if tani sabar..Buat apa yang Allah suruh..tinggalkan apa yang Allah larang..insyaAllah..Allah akan beri ganjaran tym di syurga..dimana disana..we will get the BEST TREATMENT..for example if kitani berkorban kereta yang tani suka sal kan tani kan infakkan harta tani arah prkara2 yang lebih bermanfaat..Allah akan balas dengan kereta yang lebih canggih daripada kereta yang ada di dunia ani..tidakkah kitani ingat yang Allah punya ilmu jua tu yang buat kereta yang paling canggih a..name it anything..Allah yang memberi ilham pada para2 engineer atu utk design such cars..di syurga..nikmat yang tak terbayang oleh mata..tak pernah terdengar dek telinga..tak terhidu dek hidung..tak terucap oleh bibir..tak ter-descibe dengan kata2..

here are some kenikmatan dunia..tani akan dapat yang lebih hebat dari ani..if tani BERKORBAN KERANA ALLAH....








p/s:this are just some nikmat dunia..dalam surah Ali-Imran ayat 14..Allah explain what are kenikmatan dunia atu..
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia CINTA terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan(in today's definition=kereta),hewan ternak,dan sawah ladang.ITULAH kesenangan hidup di dunia,dan di SISI ALLAH-lah TEMPAT KEMBALI YANG BAIK"

ayat to ponder:
terjemahanya lebih kurang:
"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya,dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya (keuntungan dunia),tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat"surah As-syura:20

Ayat ini jua meng-explain arah kitani kenapa orang jepun,America and all kafiruuns(orang2 yang berpaling dari Allah dengan menyembah selain Allah) atu successful and rich..n hidup sanang..harta berjuta2..building sangat canggih..kenikmatan dunia berlimpah ruah sampai pembaziran berleluasa..

Alhamdulilah..just nak share my happiness..I'm going back to family balah ummi ana dis july..can't wait!!!InsyaAllah..yay~jumpa ma~insyaAllah..*huge grin*

fiamanillah~