CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 9, 2009

Diam ku tak bererti ku redha



Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah Maha penyayang

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,padamu yang membaca~

Ana doakan ana dan kamu yang membaca entry ini dalam kemanisan iman dan dipenuhi dengan keberkatan dalam waktu dan rezeki.Membaca blog sahabat2 yang sangat dekat dihati ana membuat ana selalu diingatkan akan selalu bermujahadah dengan diri sendiri.

Malam sabtu lepas,Allah Yang Maha Penyayang telah menguji dan menyedarkan ana kepada satu hakikat yang ana terlepas pandang selama ini.Ujian yang telah mengetarkan hati sehinggakan ana rasa hati ana seperti ingin pecah.Memilih antara dua perkara yang amat bermakna dalam hidup ana,akhowati fillah atau keluarga yang mempunyai ikatan darah dan keturunan.Berada dipersimpangan.Inilah masanya ana rasa syaitan dan iman ana berperang dengan hebat.

Tengahri sabtu lepas,Ana ada date makan tengahari dengan ukhti H dan Ukhti T untuk membincangkan urusan semester depan.Alhamdulilah..masa yang diluangkan sangat berquality.Walaupun ana dan ukhti T datang 15 min lewat daripada jangka waktu yang ditetapkan.Ana secara pribadi masih ‘on going process’ mentarbiyah diri untuk datang pada masa yang ditetapkan.Ada ukhti K mengingatkan kami setiap kali berjanji untuk date,”okie ukhti datang ikut masa islam k.jangan janji melayu”.lalu fahamlah kami akan maksud itu.Dengan tarbiyah ini,ana sedar akan kelemahan ana sebagai hamba dimana usaha dan niat untuk datang awal itu telah dilakukan dan disematkan di hati ana.AKAN tetapi ketentuan agar niat itu tercapai,SEMUAnya bergantung pada iradat dan Kuasa Allah.

Dalam perjalanan pulang,Ukhti Q text ana,mengungkapkan hajat untuk ‘sleepover’ di rumah ukhti MM.Ana sangat gembira sebab ana memang dah lama tak ‘sleepover’ dengan akhowati.Di dalam minda telah sibuk menyusun strategi dan ayat power untuk disuakan pada ayahnda dah ibunda tercinta.Sebab ana dah jalan 3 hari berturut2.Takut ana tidak diberi keizinan oleh boss besar.hehe.Akan tetapi ketentuanNYA telah menulis yang sebaliknya.Kekanda siti bawa kami adik beradik untuk makan malam di salah sebuah restoran di Qlap.Ketika kekanda siti mengkhabarkan ‘kan makan diluar’ itu,keluar perkataan alaaa~(style upin ipin)..ana bagitau kat kekanda siti yang ana ada date ‘sleepover’.Tahu tak ana diberi jawapan paling manis sedunia?hehe..”ko ani,kalau kawan bawa jalan,U don’t mind,ani kan jalan sama family…*sigh*”..dan saya dengan hati yang sedikit berat melafazkan kesudian untuk pergi sebab saya tahu kalau ayahnda izinkan,selepas makan malam apabila hendak balik,ana akan call ayahnda dan minta izin untuk sleepover.Akan tetapi ketika ana tengah khusyuk makan,kekanda siti memberi cadangan untuk pergi ke suatu tempat yang tidak ingin ku jejaki selain membeli popcorn yang sedap.hehe:P.Saya rasa antunna dah dapat teka apakah tempat itu.SUNGGUH DIRI DAN HATIKU TIDAK MAHU KE SANA .

Betapa semasa ana dalam bilik yang gelap itu,tidak berhenti bibir ana beristighfar.Ana sangat2 takut tahap petala ke tujuh.Jika Allah menginginkan boleh saja Allah turunkan musibah berupa azabNYA pada tempat itu.

”Sungguh azab tuhanMu sangat keras.”-surah al-Buruj:12

Dan yang menambah getaran hati lantaran terlalu takut ialah cerita yang nahnu(kami) tengok ini adalah Terminator salvation.

Kisah movie ini ialah mengenai robot yang hendak menguasai dunia(tak logic sungguh).Minta maaf sangat2 jika intrepretasi ana salah mengenai movie itu.Ini hanyalah pendapat ana yang sangat tidak bernas disebabkan ketakutan yang bermukim di hati.Pokoknya yang menyeramkan adalah Ana bayangkan scene-scene yang ada dalam movie itu macam keadaan bila tiba hari kiamat.Semua tempat musnah dirosakkan oleh robot2.Walaupun tak dapat disangkal betapa canggih semua gadget dan semua peralatan dalam movie tu dan nama2 yang diberi pun ‘interesting’.Semua itu ilmu Allah.Allahu Akhbar!If nak faham apa yang ana merapu ni,ana galakkan lah untuk tengok movie ni tapi dengan satu syarat:kena tengok dan evaluasi dalam konteks islam dan jendela akhirat.Alhamdulilah walaupun hati ana tidak rela tapi ana dapat sesuatu dari insiden ini iaitu menambahkan keimanan dan meningkatkan kesedaran mengenai hari kiamat yang kita semua tak tahu bila akan terjadi.Dalam satu scene itu,Ana ingat robot itu menronda untuk mencari manusia.kerana mereka memang di-set untuk membunuh semua manusia.Ana bayangkan dimana bila tiba hari kiamat nanti,Allah tak perlu pada robot2 ini untuk pastikan yang semua manusia itu DAH mati ke belum.Hanya dengan satu tiupan,semua manusia akan bergelimpangan seperti farashil mabsus ßmoth scattered about (sejenis insects yang serupa macam kupu2).Manusia akan kelihatan seperti kupu2 yang berterbangan.(rujuk surah al-Qari’ah).Here’s a complete tafseer of surah Al-Qari’ah in English:

In the Name of Allâh, the Most Gracious, the Most Merciful

1. Al-Qâri'ah (the striking Hour, i.e. the Day of Resurrection).

2. What is the striking (Hour)?

3. And what will make you know what the striking (Hour) is?

4. It is a Day whereon mankind will be like moths scattered about.

5. And the mountains will be like carded wool.

6. Then as for him whose Balance (of good deeds) will be heavy,

7. He will live a pleasant life (in Paradise).

8. But as for him whose Balance (of good deeds) will be light,

9. He will have his home in Hâwiyah (pit, i.e. Hell).

10. And what will make you know what it is?

11. (It is) a fiercely blazing Fire!

Bukit yang begitu gah menjadi seperti bulu yang dihambur-hambur.Ketika ana baca ayat ini Ana bayangkan satu ketika dulu bila ana belajar biology mengenai wind pollination.Dalam tafseer ayat di atas,Ia menafsirkan bukit2 itu seperti kapas yang bertaburan.DID U REALIZE THE NATURE OF WOOL PLANT?

Ianya ringan bagi memudahkan proses pollination.MasyaAllah~Allah telah mengilhamkan kita untuk mentadabbur alam dimana walau sekadar pohon kapas itu kita dapat kaitkan dengan keadaan bukit-bukau tika tiba hari yang sangat mengetirkan yang sekarang masih kelihatan gah ditempat ia dipacakkan.

Jika antunna nak mengisi masa2 lapang yang sangat banyak disebabkan sekarang ni musim cuti semester,ana syorkan antunna tadabbur surah-surah yang terdapat pada juz yang 30 dimana surah-surahnya penuh dengan peringatan dan bayangan bagaimana nanti keadaan yang bakal kita hadapi.

KENAPA perlu tadabbur ayat mengenai hari kiamat?

Agar kita boleh bersedia nak dikategorikan dalam kelompok mana nanti di padang mahsyar nanti.

Okie.before ana terbabas dari landasan niat untuk menulis entry ini.Let’s get back to my story.

Dalam kereta ana hanya diam kerana sedih dan rasa-rasanya kolam airmata ana nak pecah.Namun ditahan.Ana tidak mahu mengadu pada yang tidak mengerti akan fikrah dan pegangan ana.Masuk bilik dalam langkah lemah longlai.cuba untuk menelefon ukhti mm n ukhti Q.namun tidak ada yang menyapa salam di talian nun di sana.

Lalu pecahlah empangan itu,tanpa dapat dikawal lagi.Ana melihat contact list ana.mencari ukhti mana yang Ana rasa masih dapat ku kongsi kesedihan hati yang amat menghempit dada ana. SubhanAllah pada masa itu,ukhti K text ana menanyakan no.telifun bunda ana.Selepas membalas sms ukhti K,ana masih belum menemui ukhti yang masih available selain ukhti K.Ana type “Can I call u now?i really2 need to talk to someone.”..n ukhti K reply..”boleh2..”

The first 5mins or so,I was just T-T…Then Ukhti K trying to calm me down…lalu dalam kepayahan,ana ceritakan apa yang terjadi..kenyataan yang sering terngiang2 di kotak minda ana ialah niat (untuk ukhwah) tidak menghalalkan cara...bla bla bla..(what came in between this and that…the rest is history)

Pengajaran yang ukhti K bagitau ana ialah Kita jangan mengabaikan hak2 keluarga kita kerana akan tiba masa kita takkan dapat lari dari tempelak mereka akibat kelalaian kita akan hak mereka.mereka akan menagih hak mereka pada diri ana sehinggakan ia melibatkan sesuatu yang tidak kita senangi.Dan jugak,ukhti K cakap jangan dilayan sedih itu,kerana ketika kita berkeadaan sedemikian,Musuh kita i.e.Syaitan laknatullah akan buat ‘majlis kesyukuran’ atas kemenangan mereka.Solusinya ialah kita bawa istighfar dan taubat.Perkara yang tidak daapt dielakkan,perkara yang tidak disukai terpaksa dibuat. Namun ana sedar satu perkara iaitu kelemahan ana sebagai kakak/adik/anak kadang tak terpenuhi,sesuatu yang ana terlepas pandang buat seketika.

Kemaafan kuraih dari insan-insan yang amat kusayangi kerana Allah..walau kita tinggal dalam satu bumbung, adik/kakak anta/I ini sedikit sekali meluangkan masa bersama.InsyaAllah akan kubaiki lagi diriku.SubhanAllah,Allah menyusun ujian pada hambaNya ini kerana ingin mentarbiyah ana untuk peka pada curahan sayang dan pembentukkan akhlak keluarga ana agar dapat mencapai biah solehah.Jazakillah ya ukhti K kerana mempositifkan minda tika hati penuh dengan andaian negatif.

Alf mabruk pada sesapa yang sampai kepada ayat ini.Maaf ye panjang entry kali ni.Semoga antunna dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran pada kisah ana ini.Tiada niat untuk memburukkan mana2 pihak. Yang baik datang dariNYA.yang kurang dan tidak elok itu datang dari diri ana yang diselimuti kelemahan dan kedaifan selaku hamba yang tidak punya kuasa atas tiap sesuatu.

p/s:Alhamdulilah..This entry is much better than the other posts coz I managed to speak in one languange in a sentence.huhu..:P


0 comments: